Pertama sekali,
terdapat banyak sekali salah faham tentang affiliate asas, affiliate normal dan super-affiliate.
Affiliate normal
pula adalah golongan yang memiliki pengalaman dalam bidang affiliate dan
berjaya membuat beberapa jualan dan biasanya menjadikan bidang affiliate
sebagai sumber pendapatan kedua di samping pekerjaan utama mereka.
Super Affiliate pula adalah golongan
affiliate yang istimewa yang sememangnya meraih pendapatan utama melalui
affiliate dan mereka merupakan affiliate marketer yang berpotensi besar.
Jadi, jika
kesemuanya berbeza jenis affiliate manakah patut anda fokuskan? Jawapannya
adalah ketiga-tiga sekali.
Affiliate marketing
adalah sebuah sistem yang berdasarkan kecekapan untuk mempromosikan produk anda:
dalam affiliate 'asas' anda berkemungkinan besar akan mendapat pengiklanan
percuma, affiliate biasa anda akan dapat melakukan jualan yang stabil dan super
affiliate pula anda akan memiliki 'mesin penjana wang' anda sendiri.
Sebenarnya keadaan
mungkin akan menjadi agak rumit apabila berurusan dengan ketiga-tiga jenis
affiliate di atas kerana mereka mensasarkan kepada beberapa perkara yang
berlainan:
- Affiliate 'asas': mengharapkan bekalan untuk alatan promosi
- Affiliate normal: mampu meneruskan promosi mereka walaupun tanpa alatan promosi kerana
merekam mampu berusaha menyediakannnya
- Super Affiliate: Mampu menjadikan produk affiliate seperti produk mereka dan
menjadikannya unik dengan pelbagai tawaran istimewa dan bonus untuk memaksimumkan
hasil jualan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan