Jumaat, 31 Januari 2014

Jumaat Adalah Hari Mustajab Berdoa

Hari jumaat adalah hari mustajab berdoa. Berdoalah dengan adab-adab berikut :-
  • Mengadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan menyapu muka di akhir doa.
  • Merandahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang).
  • Hadir hati, Khusyu' danrendah diri kepada Allah.
  • Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah Swt.
  • Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
  • Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' (induk dan penghulu lafaz pujian kepada AllahSwt - tahukah kalian bacaanya? selawat keatas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemekian.
  • Istighafar dan taubat berserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. Itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
  • Memahami doa yang dipinta.
SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib. - Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman -


Tiada ulasan:

Catat Ulasan