Apabila memulakan bisnes internet anda sebagai seorang newbie, jalan termudah dan paling cepat
untuk melakukannya ialah melalui affiliate marketing..
Jadi apakah sebenarnya Affiliate Marketing itu? Dalam definisi paling ringkas, ia adalah usaha promosi yang anda lakukan untuk produk atau servis orang lain dan sebagai tukarannya, anda akan mendapat komisyen dari setiap jualan yang berjaya dilakukan. Hakikatnya Affiliate Marketing berpotensi menjadi satu bidang yang sangat menguntungkan jika anda benar-benar telah menguasai teknik-teknik yang berkaitan dengannya.
Jadi bagaimana anda boleh memulakan bisnes Affiliate Marketing anda?
·
Daftarkan
diri anda dengan syarikat affiliate
Menjana pendapatan online melalui affiliate marketing adalah mudah dan cepat. Apa yang perlu dilakukan hanyalah
mendaftarkan diri sebagai affiliate dengan syarikat yang menawarkan program
affiliate untuk produk mereka. Pendaftaran adalah percuma walaupun ada
sesetengah syarikat dan network yang mengenakan yuran tertentu. ClickBank adalah
syarikat yang bagus untuk anda mulakan pembabitan dalam affiliate marketing
kerana ia menyediakan ribuan produk digital yang boleh anda promosikan.
·
Mendapatkan
produk yang bagus
Setelah pendaftaran anda telah disahkan, anda sudah bersedia untuk
mempromosikan produk affiliate. Ini adalah mudah sebenarnya. Untuk memenuhi
tujuan artikel pendek ini ditulis, saya mengambil ClickBank sebagai contoh.
Jadi anda kunjungi ClickBank dan carilah produk yang sesuai untuk dipromosikan.
Anda boleh layari produk-produk mereka berdasarkan kategori untuk mencari niche
yang sesuai dengan anda. ClickBank menyediakan peluang kepada anda untuk
melihat sales page pemilik produk dan
jika anda bersetuju dengan produk tersebut, anda bolehlah mendapatkan link
affiliate.
·
Mendapatkan
link affiliate anda:
Apakah itu link affiliate? Ia adalah link (URL)
yang mengandungi kod produk yang anda sedang promosi. Cara ia berfungsi: Di
ClickBank, setelah menemui produk yang diinginkan, anda klik di – promote –
satu halaman akan muncul yang mengandungi link affiliate anda. Apa yang perlu
anda lakukan ialah memasukkan ID ClickBank (nama pengguna) anda yang anda
masukkan ketika proses pendaftaran. Link affiliate anda itulah yang akan
membantu menjejaki setiap jualan yang anda lakukan dan ini akan membantu anda
mendapatkan komisyen dari ClickBank.
Sekarang anda sudah pun memiliki link affiliate
anda, perkara yang seterusnya untuk dilakukan ialah mempromosikannya! Link
affiliate anda ialah link yang akan membawa pengunjung ke produk yang anda
promosikan itu. Jadi di dalam setiap mesej yang anda sebarkan kepada klien atau
prospek anda hendaklah mengandungi link affiliate itu supaya apabila ada orang
klik link tersebut, dia akan dibawa terus ke sales page. Jika dia membuat pembelian maka anda akan dapat
komisyennya!
Jadi jika anda masih baru dan bercadang untuk
memiliki sumber pendapatan yang stabil dan menguntungkan maka anda patut
pertimbangkan untuk menceburi affiliate marketing. Ia memang berpotensi untuk
menjadi sumber pendapatan utama anda jika dilakukan dengan betul dan
berterusan. Selain itu, ia juga tidak memerlukan anda mengeluarkan belanja
pendahuluan, modal dan sebagainya. Anda boleh mulakannya dengan segera, hari
ini juga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan