Ahad, 9 Mac 2014

Alkisah Seorang Pencuri…

Ada seorang pencuri yang kerjanya mencuri dan menjual bernama Yazid – beliau pakar mencuri sehinggakan enjin kapal terbang pun boleh dicuri dan dijual. Tiba-tiba satu hari, Yazid ingin bertaubat dan berjumpa dengan Ustaz Yusof yang beliau hormati sejak kecil.
“Ustaz, ana ingin bertaubat dan kembali ke jalan sebenar. Ada caranya tak? Ana masih gian untuk melakukan maksiat dan dosa,” kata Yazid. “Enta tak perlu susah, enta cuma buat satu sahaja. Jangan cakap bohong pada Ustaz. Dan selepas solat, berbicara dengan Allah. Kena jujur dan cakap benar,” kata Ustaz Yusof. “Ya ke, ustaz. Simple sangat lah,” kata Yazid. Yazid pergi berjalan-jalan…. Setibanya di satu supermarket, Yazid timbul gian ingin mencuri semula. “Besok, Ustaz Yusof akan bertanya samada saya ada lakukan kesalahan. Dan saya dah janji dengan dia tak boleh tipu,” bisik Yazid di dalam hatinya. Kerana ketakutan dan janji tak boleh berkata bohong, Yazid tidak melakukannya. Pada sebelah malam, ada seorang pelacur lalu di depan rumah Yazid. Seperti biasa, Yazid cuba memanggilnya.


“Teringat janji mesti bercakap benar, besok pagi solat subuh dah kena jawab diri sendiri pada Allah, nanti Ustaz Yusof bertanya kena bagitahu… kalau bagitahu yang betul, Ustaz Yusof akan berleter panjang…” bisiknya di hati. Akhirnya Yazid menjatuhkan hasratnya untuk berzina.
Setelah 3 bulan tidak berkata bohong, Yazid bertukar menjadi seorang pencuri kepada seorang Muslim yang soleh membuka restoran sendiri. “Ustaz, terima kasih banyak atas segalanya untuk menukar ana menjadi baik. Rupa-rupanya Islam ini cukup mudah, kita cuma perlu jujur dan sentiasa berkata benar kepada diri dan Allah,” jawab Yazid. Ustaz Yusof dan Yazid berpelukan dan Ustaz membisikkan sesuatu ke telinga Yazid, “Cara ustaz didik anak macam inilah – ustaz cuma bagi syarat satu aje – Jangan bercakap bohong pada diri sendiri, ayah dan maknya dan juga Allah… Alhamdulilah mereka semua dekat dengan Allah.”
Wahai anakku, Janganlah kamu cuba berbohong pada aku dan bondaku. Apabila kamu menjadi ayah satu hari nanti, kamu akan tahu betapa kecewanya hati aku apabila mengetahui anak kesayanganku sanggup menipu aku. Aku lebih rela berasa marah seketika mendengar kamu mengakui kesilapanmu daripada mendengar kata-kata bohongmu. Ingatlah itu, meskipun kulit kamu terasa sakit dirotan, tapi ia tidak boleh dibandingkan dengan kata-kata bohongmu yang umpama menyakitkan hatiku dengan beribu jarum.
Senyum. -
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan