Selasa, 9 September 2014

7 Tips Saluran Jualan Affiliate yang Berjaya

Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh mereka yang berurusan dengan agen affiliate mereka:


1.     Bergaul dengan agen affiliate anda dan bantulah mereka dengan apa sahaja yang anda mampu; bahan-bahan pemasaran, diskaun dan sebagainya. Ajarkan kepada mereka bagaimana untuk menjual produk anda dengan berkesan.

2.     Gunakan network affiliate sebagai saluran jualan affiliate anda. Kelebihannya adalah ketara; jaringan affiliate yang lebih besar, penonjolan bisnes yang lebih baik serta kurang teknikal dan masalah kewangan. Hal ini sama juga dengan affiliate kerana sebahagian besar mereka lebih suka jaringan affiliate berbanding dengan program-program affiliate yang biasa.

3.     Bayarlah komisyen untuk affiliate anda pada tarikh dan waktu yang tetap. Satu perkara yang pasti; semakin pendek jarak waktu setiap pembayaran yang dibuat maka lebih baik lagi. Kebanyakan agen affiliate sangat sensitif dengan polisi pembayaran yang rumit dan mengenakan pelbagai sekatan dan penalti terhadap mereka – ada kemungkinan mereka akan berhenti menjadi affiliate anda jika itu yang berlaku.



4.     Sentiasalah memberikan insentif kepada para affiliate anda dan berikan sebab untuk mereka terus melakukan yang lebih baik lagi. Anda boleh lakukan ini melalui frasa merekrut affiliate, tetapi adalah lebih penting lagi untuk anda ‘menginsentif’ para affiliate yang sedia ada. Cuba penuhi permintaan top affiliate, walaupun ianya tentang peningkatan jumlah komisyen; jika itulah yang mereka minta. Pertimbangkan juga ganjaran yang berpatutan kepada mereka seperti kebolehan menjana sendiri diskaun mereka atau penghargaan untuk pembaharuan sesebuah software, sebagai contoh.

5.     Berkomunikasilah dengan para affiliate anda tetapi jangan melampau dalam melakukannya! Berkongsilah dengan mereka perkembangan pembangunan dan promosi produk anda dan sebagainya. Majoriti affiliate lebih suka berkomunikasi melalui emel dengan pengurus mereka. Adalah baik untuk anda menghantar newsletter atau direct message kepada para affiliate anda 2 kali sebulan. Pertimbangkan juga untuk memposting maklumat-maklumat tersebut di blog, Twitter, Facebook atau sebagainya.


6.     Perhatikan kempen-kempen Pay Per Click (PPC); jika anda melakukan perkara yang sama, mereka mungkin melakukannya dengan lebih baik lagi. Anda mestilah mengukuhkan polisi berkaitan dengannya kerana peratusan affiliate yang mempromosikan link affiliate mereka melalui PPC adalah agak tinggi.



7.     Jangan sangka seorang affiliate itu hanya mempromosikan produk anda sahaja. Affiliate biasanya bekerja dengan berbilang program-program affiliate dan mereka juga berkemungkinan besar akan mempromosikan produk pesaing anda di laman web mereka. Jangan singkirkan mereka dari senarai affiliate anda; sebaliknya, berikan mereka sebab untuk mempromosikan produk anda dan bukan produk pesaing anda. Ini bukan bermaksud anda hanya perlu naikkan jumlah komisyen, affiliate juga akan lebih sensitif dengan ‘kesedaran umum’ terhadap produk anda dan cara anda sebagai pengurus mereka, berinteraksi dengan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan