Ahad, 7 September 2014

Hakikat Affiliate Marketing

Adakah anda sedang memikirkan apakah affiliate marketing adalah satu karier yang sesuai untuk anda? Mungkin anda berpendapat bahawa ia adalah satu jalan penjanaan wang yang mudah. Anda telah pun membuat kajian tentangnya dan berasa teruja. Tetapi, tahukah anda apakah hakikat sebenar affiliate marketing?

Affiliate Marketing Adalah Kerja Keras
Kerja keras atau banyak kerja? Mungkin kedua-duannya. Pertama sekali, ada banyak perkara yang perlu dipelajari. Terdapat terma-terma yang perlu diketahui seperti SEO, PPC, Web 2.0, article marketing dan sebagainya. Kemudian anda perlu memahami dengan lebih mendalam tentang blog, laman web dan hosting.
Setelah anda memahaminya, anda perlu mempraktikkannya. Itu bermaksud anda perlu bekerja. Anda perlu bekerja tanpa rasa penat.
Anda perlu menetapkan masa bekerja selama berjam-jam seperti mana jika anda melakukan kerja-kerja lain. Anda juga boleh menjadikannya sumber pendapatan utama anda, tetapi anda juga akan mempunyai bil-bil yang perlu dilangsaikan.



Bagaimana untuk Memulakan Affiliate Marketing
Secara asasnya, affiliate marketing adalah penghasilan web. Jika anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya, mulakan dengan menulis dan menerbitkan artikel untuk laman direktori seperti EzineArticles.com.
Anda boleh belajar tentang blog dengan membina blog percuma anda sendiri di Blogger.com atau Wordpress.com. Tulis dan belajar.
Daftarkan diri untuk akaun AdSense dan letakkannya di blog percuma anda. Daftarkan diri di Amazon.com dan dapatkan ID affiliate untuk dimasukkan dalam artikel di blog anda.
Anda boleh menggunakan Web 2.0 seperti Squidoo.com dan HubPages.com untuk mendapatkan lebih pendedahan dan pengalaman.
Biasakan diri anda melakukan perkara-perkara tersebut. Tetapi jangan sesekali mengharapkan kekayaan sekelip mata. Ingatlah anda baru sahaja bermula. Setelah anda sudah mempunyai sedikit sebanyak pengalaman, teruskan lagi pembelajaran anda.
Setelah anda agak mahir, maka anda perlu merancang.



Langkah Seterusnya: Membina Pelan Affiliate Marketing
Suatu masa nanti anda akan menyedari yang anda sebenarnya belum menjana wang. Ini kerana anda perlu melakukan banyak lagi perkara-perkara lain. Ia hanya satu permulaan.
Sekarang anda perlu memutuskan produk apakah yang akan anda promosikan dan apakah teknik promosi yang akan anda gunakan. Itu hanyalah permulaan bagi sebuah pelan: sebuah produk dan strategi pemasaran. Anda boleh menghasilkan pelan harian untuk menjalankan strategi pemasaran affiliate anda.

Mendapatkan Bantuan untuk Affiliate Marketing

Walaupun anda faham dan bersedia untuk melakukannya, anda masih memerlukan bantuan. Terdapat banyak komuniti affiliate marketer yang boleh anda cari di Internet. Anda boleh cuba meninjau di forum-forum pemasaran internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan