Akhirnya secara rasmi, Nokia dan Microsoft melancarkan tiga peranti
Androidnya X, X+ dan XL yang menggabungkan reka bentuk Nokia dan OS Android
serta pada masa sama menawarkannya pada harga rendah kepada pengguna.
Dan walaupun
ikrar taat setia pada Microsoft sebelum dilaksanakan syarikat tersebut, Nokia
akhirnya mengalah dengan kehendak pasaran Android yang dilaporkan menguasai 60
hingga 70 peratus sistem operasi di seluruh dunia.
Meskipun menggunakan
Android, Nokia X tidak mempunyai akses ke Google Play atau aplikasi khusus
Google seperti Gmail, Chrome, Maps dan lain-lain. Walaubagaimanapun, aplikasi
Android akan beroperasi pada peranti dengan hanya sedikit ubahsuai yang
dikehendaki oleh pembangun. Nokia mewujudkan stor aplikasi 'Android'nya sendiri
yang masih menyerupai Google Play dari segi penawaran aplikasi. Ia juga akan
menyepadukan stor tersebut dengan aplikasi yang terdapat dalam Nokia.
Sumber dari : http://my.news.yahoo.com
Spesifikasi
terperinci untuk Nokia X Dual SIM : www.nokia.com/my-en/phones/phone/nokia-x/#ProductSpecsWidget
Tiada ulasan:
Catat Ulasan