Perkara-perkara yang Perlu
dielakkan Apabila Berurusan dengan Program Affiliate
Diasaskan oleh Amazon, affiliate marketing ialah salah satu cara
penjanaan wang online yang paling umum dan paling berkesan.
Ianya berkaitan dengan hubungan di antara pemilik produk dan affiliate yang
mana jika diuruskan dengan betul akan membawa keuntungan kepada kedua-dua
pihak.
Prinsip kerja program-program affiliate adalah mudah: peniaga
memutuskan untuk mempromosi produk atau servis tertentu (mengikut profailnya)
secara online, membina program affiliate untuknya termasuklah butir-butir cara
pembayaran komisyen secara terperinci.
Peniaga itu akan menghubungi webmasters
untuk menawarkan peluang mempromosikan produk/servis mereka di laman web
mereka, sebagai ganjarannya mereka akan dibayar komisyen untuk setiap jualan
yang terhasil.Webmaster yang
bersetuju itu dikenali sebagai ‘affiliate’. Mereka inilah yang akan
mempromosikan produk/servis peniaga tadi samada link-link teks, kotak carian,
link-link banner, link-link produk dan sebagainya.
10 Kesilapan Umum yang
Berlaku Apabila Menyertai Program Affiliate:
1.
Memilih
affiliate yang salah
Majoriti mereka yang menyertai sesebuah program
affiliate mahu mendapatkan sebanyak mungkin wang dalam masa yang sangat
singkat. Oleh itu mereka akan memilih produk atau servis yang mempunyai
permintaan tinggi tanpa mengambil kira samada mereka suka mempromosikannya atau
tidak.
Apa yang perlu dilakukan dalam hal seperti itu
ialah memilih sesebuah produk yang anda benar-benar mempunyai minat
terhadapnya, meluangkan masa untuk merangka strategi dan pelan tindakan demi
usaha promosi yang berkesan. Ianya adalah lebih mudah untuk mempromosikan
sesuatu yang anda berminat dengannya berbanding jika anda melakukannya
semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keuntungan sahaja.
2.
Menyertai
terlalu banyak program-program affiliate
Oleh kerana penyertaan ke dalam sesebuah programaffiliate adalah mudah dan biasanya adalah percuma, anda mungkin berpendapatan
anda harus mengambil peluang ini untuk menyertai seberapa banyak program
affiliate yang termampu untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Hakikatnya
ialah anda tidak akan mampu untuk menumpukan perhatian terhadap kesemuanya.
Adalah lebih baik jika anda memilik sebuah
produk sahaja untuk dipromosikan yang menawarkan komisyen sekurang-kurangnya
30% dan tumpukan segala usaha dan perhatian anda kepada usaha mempromosikannya.
Setelah anda terbukti berjaya, barulah anda boleh memilih produk kedua dan
ketiga untuk dipromosikan.
3.
Tidak mencuba
sendiri produk/servis yang dipromosi
Tanpa mencubanya sendiri, anda tidak akan mampu
memasarkan sesebuah produk/servis itu dengan baik dan berkesan. Bagaimana anda
boleh meyakinkan para pelanggan tentang faedah atau kebaikan memiliki
produk/servis tersebut jika anda sendiri tidak pernah merasai faedah dan
kebaikannya?
Tanpa mencubanya sendiri, anda tidak akan mampu
mengeluarkan pendapat yang relevan dan sekaligus akan menyebabkan usaha promosi
anda kurang berkesan dan tidak meyakinkan.
4.
Tidak menulis
sendiri surat jualan anda
Anda bukanlah satu-satunya affiliate bagi
sesebuah syarikat pemilik produk/servis, jadi sudah tentulah iklan-iklan produk
yang anda promosikan itu boleh didapati oleh para pengguna dari pelbagai
sumber-sumber di Internet.
Sebaik-baiknya jangan gunakan surat jualan yang
telah siap dibina oleh pemilik produk, sebaliknya hasilkan sendiri surat jualan
anda dan jadikannya lebih baik dari surat jualan pemilik produk itu.
5.
Memilih
produk yang menawarkan komisyen yang rendah
Anda akan melakukan jumlah kerja yang sama untuk
mempromosikan produk yang menawarkan komisyen sebanyak 5% dan produk yang menawarkan komisyen sebanyak
30%. Kenapa memilih komisyen yang lebih rendah?
6.
Tidak
memiliki nama domain anda sendiri.
Anda tidak akan tampil profesional jika
menggunakan laman web yang dihost secara percuma di Internet. Ia tidak
meyakinkan pengunjung dan boleh menyebabkan mereka pergi dari laman web anda.
Dapatkan domain anda sendiri; ianya murah dan akan mendatangkan faedah yang
besar untuk bisnes anda.
7.
Memasarkan
sesuatu di luar topik
Ini adalah antara kesilapan umum yang selalu
dilakukan. Jangan sesekali mempromosi sesuatu yang tidak relevan dengan
aktiviti objektif utama anda. Pastikan ia sentiasa berkaitan dengan topik utama
anda.
8.
Kurang
berkomunikasi dengan pemilik produk
Sentiasalah menghubungi pemilik produk yang anda
sedang promosikan itu. Mereka mungkin akan memberikan kepada anda tips atau
maklumat yang boleh membantu memajukan lagi strategi pemasaran anda.
9.
Gagal untuk
‘menangkap’ alamat-alamat emel
Anda sepatutnya berusaha untuk mengumpulkan
alamat-alamat emel orang ramai yang berkunjung ke laman web anda. Ini untuk
membolehkan anda menghubungi mereka secara terus lain kali.
10.
Gagal untuk membuat pra-jualan
Ini adalah salah satu kemahiran yang penting bagi anda sebagai seorang
affiliate marketer. ‘Bakarkan’ semangat para pengunjung sebelum menghantar
mereka ke laman web pemilik produk/servis. Pastikan mereka dalam mood yang sepatutnya dengan memberitahu
mereka perkara-perkara yang mereka ingin dengar. Perkataan-perkataan yang anda
gunakan semasa mempromosikan produk/servis adalah sangat penting.
Mungkin juga kerja-kerja anda yang tidak mendatangkan hasil yang
sepatutnya bukan merupakan kesilapan dari pihak anda. Mungkin ianya berpunca
dari pengurusan kurang baik dari pihak pengurus program affiliate.
Belajarlah dari mereka yang profesional dan yang memiliki pengalaman
luas dalam bidang affiliate marketing tentang bagaimana untuk meminimumkan
kesilapan-kesilapa yang merugikan anda. Jangan takut dan segan untuk bertanya,
mencuba sesuatu yang baru, strategi yang baru dan yang paling penting, anda
melakukan kerja-kerja anda dengan penuh minat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan