Jumaat, 12 September 2014

11 Kesilapan Utama Ketika Memilih Produk Affiliate

Menjana pendapatan lumayan melalui affiliate marketing bukan lagi merupakan perkara yang asing di kalangan pengguna internet atau mereka yang masih baru dalam bidang perniagaan internet. Bagaimanapun, ramai affiliate marketer hari ini kebingungan dalam memilih apakah produk yang sesuai untuk mereka promosikan. Hal ini disebabkan terlampau banyak program-program affiliate yang muncul dalam niche-niche yang mereka rasakan menarik. Nasib baiklah di sana masih terdapat teknik-teknik yang betul untuk memilih produk-produk yang sesuai untuk dipromosikan di internet. Antara kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh affiliate marketer ialah:


1.      Tidak mempromosikan produk yang berpotensi mendatangkan keuntungan
Ramai orang yang menyertai sesebuah program affliliate dengan niat untuk menjana pendapatan sebanyak yang mungkin dengan seberapa segera. Inilah antara sebab kenapa mereka terlepas pandang terhadap fakta bahawa bukan semua produk yang ‘hangat’ itu sesuai untuk mereka promosikan. Oleh itu mereka tidak sepatutnya memilih produk yang mempunyai permintaan di pasaran tanpa memikirkan adakah produk itu sesuai dengan minat mereka. Demi menjamin keuntungan yang stabil dan berterusan, seseorang affiliate marketer itu hendaklah memilih produk yang menjadi minatnya.
2.      Tidak mencuba produk yang dipromosikan itu

Ini merupakan kesilapan besar yang akan merugikan anda dan menyebabkan usaha promosi anda tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Adalah penting untuk anda mencuba sendiri terlebih dahulu produk yang ingin dipromosikan itu. Ini akan membolehkan anda tampil dengan lebih yakin ketika mempromosikannya, di samping dapat menjawab soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh prospek yang berminat dengan produk tersebut. Jika anda dapat menjawab soalan-soalan mereka atau dapat menerangkan kelebihan-kelebihan produk itu berdasarkan pengalaman anda sendiri, maka usaha promosi anda itu akan lebih meyakinkan prospek dan ini sudah tentu merupakan satu kebaikan buat anda. Mencuba dulu produk adalah satu ‘advantage’ buat anda bukan satu kemestian!

3.      Tidak melakukan kajian pasaran dengan baik

Untuk mendapatkan program affiliate yang betul, anda mestilah melakukan kajian yang berkesan: baca artikel, perkembangan affiliate marketing, maklumat review dan blog. Tidak meletakkan diri anda sebagai pelanggan akan menyukarkan usaha promosi anda. Cuba fokuskan terhadap sebuah produk sahaja untuk setiap promosi yang dilakukan.
Tidak melakukan kajian keyword yang berkesan akan menghalang anda dari mengenalpasti pasaran manakah yang paling menguntungkan dan produk manakah yang sesuai untuk dijual di Internet. Selain dari kepelbagaian tools keyword yang membantu anda menjana keyword yang baik, anda juga hendaklah fokuskan kepada SEO (Search Engine Optimization) yang akan membantu affiliate marketing anda.

Beberapa langkah yang penting dalam kajian keyword yang efektif ialah:

·         Menghasilkan senarai yang berkesan dan menyemaknya berulang kali
·         Mahirkan diri menggunakan tools kajian keyword
·         Memuktamadkan senarai tersebut
·         Rancangkan ‘serangan’ anda
·         Ulangi langkah-langkah di atas
Langkah yang paling penting dalam kajian keyword yang efektif ialah menghasilkan senarai dan menyemaknya berulang kali. Ini adalah proses yang agak perlahan dan melibatkan beberapa langkah-langkah yang penting. Pertama, anda hendaklah membina senarai keyword yang berpotensi dengan menggunakan teknik brainstorming terhadap mana-mana perkataan atau frasa yang anda fikir akan digunakan oleh pelanggan apabila membuat carian di enjin carian yang relevan dengan produk anda.
Kedua, cuba dapatkan perkataan-perkataan yang membayangkan servis yang anda tawarkan itu. Untuk mendapatkan lebih idea, cubalah berbincang dengan kenalan-kenalan atau sanak-saudara anda yang boleh membantu.
Mempromosikan produk affiliate yang kurang mendapat permintaan dengan mengabaikan persaingan dan kajian pasaran untuk mengenalpasti tahap efisyen produk tersebut adalah sesuatu yang patut anda takuti. Pastikan juga ramai pelanggan yang berpuas hati dengan program affiliate yang anda pilih itu.



4.      Mempromosikan terlalu sedikit produk

Apabila anda berkecimpung dalam bisnes ini, adalah penting untuk anda tahu bahawa anda perlu memperbanyakkan pilihan yang ditawarkan kepada para pelanggan. Memang benar, di awal penglibatan anda dengan affiliate marketing anda hendaklah fokus terhadap sebuah produk sahaja. Tetapi jika anda kekal mempromosikan sebuah produk sahaja, maka ia tidak akan mendatangkan keuntungan yang stabil kepada anda.

5.      Mempromosikan terlalu banyak produk
Ini adalah kesilapan paling umum dilakukan oleh affiliate marketer yang masih baru. Sudah tentu, di awal pembabitan ke dalam bidang affiliate marketing tujuan mereka adalah untuk mempromosikan seberapa banyak produk  yang mungkin demi untuk mendapatkan keuntungan yang banyak dengan seberapa segera. Sebenarnya aggapan begini adalah jelas sekali salah kerana mempromosikan sebuah produk sahaja pun memerlukan masa yang banyak.
Jika anda mempromosikan lebih dari satu produk, secara lojiknya anda terpaksa meluangkan sedikit masa untuk setiap produk atau dengan kata lain anda tidak mampu untuk memfokuskan terhadap pemasaran untuk semua produk dengan sebaiknya. Ini sudah tentulah akan membawa kepada masalah usaha promosi yang kurang efektif.
6.      Fokus kepada program affiliate, bukannya terhadap produk

Adalah satu perkara yang sangat penting untuk anda ingat bahawa anda cuba memasarkan produk dan bukannya program affiliate. Oleh itu jangan sesekali lupa tentang produk yang dipromosi. Tumpukan perhatian bulat-bulat kepada produk tersebut dan pembinaan teknik promosi yang berkesan.
Kami tidak katakan yang persaingan adalah sesuatu yang negatif, anda perlu kekal bersaing, tetapi anda juga haruslah bermurah hati untuk berkongsi maklumat dan memanfaatkan sumber-sumber penting seperti link-link tertentu dan blog dengan affiliate lain untuk sama-sama membuat jualan.
7.      Gagal melabur di dalam pengiklanan yang berdaya maju

Jangan menggunakan material yang salah. Untuk tujuan ini, tumpukan sepenuh perhatian terhadap respon pasaran yang menjadi sasaran anda dan anda sudah pasti boleh mengetahui pengiklanan jenis manakah yang lebih berkesan untuk usaha promosi yang anda jalankan. Beberapa langkah yang perlu anda berikan lebih perhatian: melabur dalam endorsan yang baik, banner, emel dan link.

Sesetengah pasaran memberikan respon yang baik untuk mana-mana elemen tersebut. Bagaimanapun anda mestilah memastikan yang setiap pengiklanan anda adalah bermaklumat dan mempunyai kandungan yang berdaya-saing yang akan meningkatkan lagi kredibiliti syarikat anda. Ini akan menyebabkan peningkatan jualan yang dilakukan terhadap pelanggan yang berpuas hati.

8.      Mengabaikan proses SEO (Search Engine Optimization)

Mengabaikan SEO adalah satu kesilapan umum para affiliate. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa isi kandungan blog atau laman web tidak lagi satu-satunya perkara penting dalam memastikan kejayaan kempen promosi anda, kerana laman web yang tidak dioptimumkan dengan baik tidak akan berjaya menarik pengunjung. SEO yang dilakukan dengan baik akan memberikan anda penonjolan yang lebih baik dan jika dilakukan dengan betul, anda akan memiliki laman web yang lebih bernilai dengan peluang lebih tinggi untuk menarik pengunjung.



9.      Fokus kepada produk, bukan laman web

Memfokuskan kepada produk adalah satu perbuatan yang baik apabila anda berniat untuk berjaya dalam bisnes ini, tetapi jika tumpuan hanya diberikan kepada produk semata-mata dan mengabaikan laman web akan membawa kesusahan kepada anda. Oleh itu sentiasalah memasukkan bahan-bahan baru ke dalam web anda dan anda harus ingat, laman web anda mempengaruhi laku atau tidak produk yang anda jual.

Jika anda inginkan orang ramai datang membeli dari anda, maka cuba ambil pendekatan yang berbeza dari affiliate-affiliate lain, bertindak secara kretif dan inovatif untuk laman web anda. Ingatlah bahawa produk tersebut adalah bonus tambahan kepada pelanggan-pelanggan anda.

10.       Gagal untuk mengikuti perkembangan industri produk pilihan anda

Adalah merupakan satu pengetahuan yang umum bahawa kita tinggal di dunia yang perubahan merupakan proses kuncinya. Hal yang sama juga terjadi di dalam dunia perniagaan internet.

Adalah penting untuk anda terus mengikuti perkembangan semasa tentang industri produk pilihan anda. Ingatlah bahawa ini adalah persaingan jadi mengikuti perkembangan industri produk adalah sesuatu yang  sangat penting.

11.       Tidak bersedia untuk bertukar pendapat, pengalaman dan pengetahuan

Tidak aktif dalam pembabitan di forum-forum popular, laman-laman web membership atau ruang chat adalah merupakan kesilapan yang besar kerana di sinilah para entrepreneur pemasaran boleh mengenalpasti apakah masalah-masalah yang timbul dalam pasaran semasa.
Adalah merupakan satu sikap yang tidak profesional untuk tidak mengikuti atau mendapatkan maklumat terbaru dari masa ke semasa. Bertukar-tukar pengalaman adalah peluang yang hebat untuk anda mendapatkan lebih maklumat tentang niche affiliate marketing dan untuk mengenalpasti produk yang manakah yang mempunyai permintaan paling tinggi di pasaran. Selain itu, bertukar pengalaman juga boleh melahirkan idea yang baru tentang bagaimana untuk memajukan lagi teknik promosi dan pembinaan laman web anda.
Melalui pengalaman orang lain juga anda boleh mendapat pengajaran, tahu apa yang patut anda lakukan dan apa yang patut anda elakkan.
Kesimpulannya, jika anda dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan di atas, mampu mengikuti cadangan dan menganalisa maklumat yang diperolehi, anda tidak akan gagal untuk mencari apakah produk yang benar-benar sesuai untuk anda promosikan. Fokuskan terhadap masalah yang dihadapi oleh orang ramai di Internet dan cuba cari jalan penyelesaiannya. Jika anda benar-benar berminat terhadap produk itu maka anda akan jumpa kunci kejayaannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan