Umumnya program pemasaran affiliate dilihat sebagai
sangat menguntungkan, mewujudkan situasi menang-menang untuk kedua-kedua pihak
yang terlibat dalam proses ini. Affiliate sudah menjadi satu alat pemasaran online yang ampuh, maka sebab itulah semakin ramai para peniaga online yang
menyediakan program affiliate untuk produk atau servis mereka.
Kajian menunjukkan bahawa hampir separuh dari jaringan-jaringan ini
mempunyai (secara purata) ribuan affiliate untuk setiap satunya. Ini
menunjukkan betapa besarnya kesan atau pengaruh pemasaran affiliate terhadap
produk atau servis para peniaga online dan mereka mengembangkan jenama produk mereka menerusi laman-laman web affiliate. Sebenarnya
ini adalah strategi yang berkesan untuk menarik prospek ke laman web mereka
sendiri.
Apakah Maksud Menjadi
Affiliate?
Diasaskan oleh Amazon.com pada tahun 1996, affiliate ialah hubungan
yang membawa keuntungan kepada pemilik produk (penyedia program affiliate untuk
produknya) dan affiliate (pemilik blog & laman web). Pemilik produk (boleh
jadi individu atau syarikat) yang mengemukakan produk mereka kepada para
pemilik laman web persendirian untuk mempromosikan produk tersebut. Sebagai
pertukaran khidmat itu, para pemilik laman web tadi akan menerima bayaran
komisyen bagi setiap jualan yang berjaya dibuat.
Setiap peniaga akan menawarkan program affiliate tertentu yang juga
mengandungi butir-butir terperinci tentang cara pembayaran komisyen dibuat.
Webmaster yang melibatkan diri dalam program tersebut akan dikenali sebagai
affiliate. Para affiliate akan dibekalkan dengan elemen-elemen yang berguna
untuk tujuan promosi seperti link teks, kotak carian, link banner, link produk
dan sebagainya. Juga termasuk dalam elemen-elemen itu ialah katalog dan feed
yang boleh dipasang di laman web atau blog Webmaster.
Tujuan
penjual ialah, mengikut prinsip affiliate, untuk mendapatkan jaringan yang luas
Webmaster yang menjadi affiliate dalam usaha untuk mendapatkan pendedahan yang
lebih berkualiti untuk membolehkan produk mereka dijual. Proses pemasaran
affiliate adalah menguntungkan kedua-dua belah pihak, si pemilik produk dan
affiliate.
Bagaimana Ia Berfungsi?
Untuk menjadi affiliate marketer, perkara pertama yang perlu dilakukan
ialah mencari network affiliate yang bersesuaian dengan anda dan menyertainya.
Untuk tujuan itu, ada beberapa langkah yang mesti anda ikuti:
·
Setelah
menemui program affiliate yang dikehendaki, penuhkan borang pendaftaran online.
Anda akan diminta memberikan maklumat-maklumat peribadi seperi nama, alamat,
memilih cara pembayaran komisyen dan maklumat berkaitan dengan laman web anda
(URL, nama, deskripsi kandungannya). Anda juga perlulah bersetuju dengan
syarat-syarat yang dikenakan (term of service). Kebanyakan network affiliate
adalah percuma.
·
Setelah
permohonan anda disahkan, bolehlah anda mula mencari program-program affiliate
yang menarik pada pandangan anda. Jika pemilik-pemilik program itu menerima
anda sebagai affiliate, mereka akan memandu anda sepanjang proses affiliate,
seperti bagaimana untuk memasukkan link ke laman web anda.
Anda patut sedar bahawa besar kemungkinan anda
tidak akan dapat membuat jualan dengan segera. Adalah normal jika pendapatan
anda tidak seberapa di awal penglibatan anda dengan affiliate marketing.
Tambahan pula, jumlah pendapatan anda untuk setiap conversion akan tertunggak sehinggalah ia mencapai jumlah minimum
untuk membolehkan anda menerima bayaran.
Affiliate marketing adalah usahasama antara pemilik
produk/servis dan affiliate oleh itu kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan
yang sama (situasi menang-menang). Pemilik produk/servis akan mendapat pasaran
yang lebih luas, mendapat pendedahan yang lebih berkualiti dan semakin ramai
affiliate yang bekerja untuk mereka, semakin tinggi pula jumlah trafik yang
akan ditukarkan menjadi pelanggan mereka.
Di
pihak affiliate pula, keuntungan yang diperolehi juga bukan kecil. Yang pertama
dan paling penting ialah komisyen yang diterima. Affiliate boleh menerima
komisyen melalui tiga cara: per-klik (semakin berkurangan kerana terlalu banyak
penipuan), per-jualan dan per-lead.
Perkara-perkara yang Perlu
dipertimbangkan
·
Dapatkan Nama
Domain Anda Sendiri
Menggunakan laman web percuma untuk
mempromosikan produk affiliate memang mudah. Anda juga masih boleh membuat
jualan menggunakan laman web seperti itu tetapi jika anda boleh mendapatkan
nama domain anda sendiri, ia akan membawa imej profesional terhadap bisnes
anda. Orang ramai akan mengingati nama laman web anda dan trafik yang relevan
juga akan lebih mudah mengunjunginya. Pastikan anda memilih servis hosting yang
berkualiti. Anda perlu menunjukkan kepada orang ramai bahawa anda memang serius
dalam berniaga.
·
Pilih Kualiti
Apabila membuat keputusan untuk menyertai
sesebuah program affiliate, adalah penting untuk anda menyemak produk/servis
yang ditawarkan itu. Lebih berkualiti produk/servis tersebut maka anda akan
lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mempromosikannya. Anda akan mempunyai
peluang yang lebih cerah untuk mencapai prospek dan kemudiannya memperolehi
keuntungan yang sepatutnya. Laman web pemilik produk/servis juga hendaklah
direka khusus untuk mengoptimumkan conversion.
·
Pilih
Komisyen yang Bagus
Satu perkara lagi yang perlu anda ingat ialah
link dan banner yang anda masukkan di laman web anda hendaklah mampu memujuk
para pengunjung supaya mengunjungi laman web pemilik produk/servis setelah
mereka meninggalkan laman web anda. Jadi pilihlah program affiliate yang
benar-benar ikhlas dan bermurah hati memberikan ganjaran yang sepatutnya kepada
anda.
·
Pilih
Program-program yang Melengkapi Laman Web Anda
Tidak mustahil anda boleh berjaya dalam
mempromosikan produk yang tidak ada kaitan langsung dengan topik utama laman
web anda. Anda boleh cuba sesuatu yang berlainan yang anda rasa para pengunjung
mungkin fikir ianya menarik.
·
Semak Tempoh
Masa Cookie
Sebuah program affiliate yang baik akan menetapkan tempoh masa untuk cookie pelanggan sehingga 60 – 120 hari.
Jadi jika pengunjung membuat pembelian secara terus dari laman web vendor dalam masa 120 setelah mereka
mengunjunginya melalui link affiliate anda, anda masih berpeluang mendapat
komisyen yang sepatutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan