Jumaat, 31 Januari 2014

Marah Itu Api Syaitan

Rasulullah SAW bersabda : "Apabila di antara kamu sedang marah, maka diamlah" Hadith Riwayat Ahmad 

Kot mana pun kita manusia biasa, mesti ada sekelumit rasa geram, rasa tak puas hati. Bila terlalu pendam, ia akan sampai ke tahap mahu melepaskan kemarahannya. Itu biasa. Tapi yang biasa tu yang Nabi nak kita UBAH. Nabi tak bagi. Marah itu boleh tetapi melepaskan kemarahan itu yang dilarang kerana kemungkinan akan menyebabkan banyak kesan negatif seperti putus silaturrahim, kerosakan harta benda, kecederaan & boleh jadi berbunuhan. Jadi, solusinya adalah, Nabi ajar, bila ada rasa nak marah, diam. Abaikan segala benda, diam. Jangan menjawab, jangan bersuara. Tak boleh tahan? Larikan diri ke tempat lain. Jauhkan diri dari berhadapan punca kemarahan itu. Melainkan kita boleh kawal kemarahan kita itu, cakap baik-baik, boleh. Tapi kalau rasa kita sedang beremosi, diam, tenangkan diri dahulu, baru bersuara. Berwuduk juga boleh bantu redakan kemarahan. Kerana marah itu api syaitan, maka sejukkanlah dengan berwuduk.
Wallahu a'lam -
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid –

Tiada ulasan:

Catat Ulasan